Selamat Datang ke Blog Kelab Hoki SMK Gunsanad II, Keningau, Sabah. (facebook page: G2 Hoki)
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
SEJARAH HOKI DI MALAYSIA
Permainan hoki diperkenalkan ke Malaysia oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara ini. Semua peringkat umur bermainnya samada lelaki dan juga perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan diadakan, iaitu di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di Malaysia. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa.
Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan.
Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hinggalah kini. Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) dan beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri-negeri. Piala ini dinamakan Piala Razak, sempena dengan nama beliau. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan.
Perlantikan Allahyarham Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memajukan permainan hoki di negara ini. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun di bawah anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan pula mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan negara.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara. Ini kerana pada tahun itu pasukan negara turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne, Australia. Malaysia menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Dunia yang mula diadakan pada tahun 1971.
Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana Malaysia menduduki tempat ke empat. Manakala dalam Sukan Asia pasukan negara sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan negara
SUMBER : http://kelabhokistar.blogspot.com/2010/05/sejarah-hoki-di-malaysia.html

Thursday, February 24, 2011
PERJUMPAAN KELAB HOKI 01
TARIKH | :23 FEBRUARI 2011 |
TEMPAT | :KELAS 3F |
MASA | :6.50 AM – 8.20 AM |
AGENDA | 1. Pelantikan AJK Kelab Hoki 2011 2. Perbincangan Takwim 2011 3. Yuran |
KEHADIRAN GURU PENASIHAT | 1. Cik Rusmini Abd Rasyid 2. Pn. Sabturati Lakunsim 3. En. Ambun Ak Mawar 4. Pn. Norsia Mohd Timhal 5. Pn. Nurul Shahida Mohd. Zain 6. Cik Sumiyati Mohd Arun 7. Cik Adlsia Agustinus |
PENGERUSI | :Hayat Mohd Khan (5 Creative) |
TIM. PENGERUSI | :Empin Sa’at (5 Energetic) |
SETIAUSAHA | :Shirley Petrous (4 Brilliant) |
TIM. SETIAUSAHA | :Gina G. Herman(3 Creative) |
BENDAHARI | :Nur Afifah Sabdin (2 KRK) |
TIM. BENDAHARI | :Michelle Suis (3 KRK) |
JAWATANKUASA TINGKATAN: | |
1. Kornelius Mairin (5 Energetic) 2. Ahmad Syafiq Effendi (4 Excellent) 3. Jeveny Jupri(3 Creative) 4. Nur Azila Lamsaran (2 KRK) 5. Md. Azrul Zaidan(1 KRK) | |
CADANGAN AKTIVITI | 1. LATIHAN ASAS HOKI 2. TEORI (TAYANGAN VIDEO) |
YURAN | :RM5.00 (SETAHUN) |
Wednesday, February 23, 2011
KUALA LUMPUR HOCKEY CLUB JUARAI PIALA TNB MALAYSIA HOCKEY LEAGUE 2011
Tuesday, February 22, 2011
MESYUARAT AGUNG KELAB HOKI I
PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI KELAB HOKI SAMA ADA YANG LAMA DAN BARU.
BUTIRAN MESYUARAT ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT:
TARIKH : 23 FEBRUARI 2011
MASA : 6.50 AM - 8.20 AM
HARI : RABU
TEMPAT: AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN
AGENDA:
1. PERLANTIKAN JAWATAN KUASA MURID
2. PERANCANGAN/TAKWIM TAHUN 2011
3. HAL-HAL LAIN.
SEMUA AHLI DIMESTIKAN MEMBAWA BUKU CATATAN.
SEKIAN.

Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)