Tuesday, March 1, 2011

POSISI & PERANAN PEMAIN

POSISI PEMAIN
PERANAN / TANGGUNGJAWAB
STRIKER
(PENYERANG)
Bekerjasama dengan pemain sayap untuk melancarkan serangan. Striker Dalam (inner) yang bermain di tengah padang, dan merupakan penjaring utama.
SAYAP KIRI/KANAN
(PENYERANG)
Bermain di sebalah kiri dan kanan padang dalam kedudukan menyerang. Pemain sayap membawa bola ke garis tepi atau belakang dan melintangkan bola ke dalam petak D untuk mencipta peluang jaringan.
PEMAIN TENGAH
Bermain secara menyerang dan bertahan. Bekerjasama dengan penyerang dan pertahanan. Berperanan mengatur bola dari pertahanan kepada penyerang untuk mencipta peluang jaringan.
PERTAHANAN / SWEEPER
Bertahan di kawasan sendiri. Berperanan mengeluarkan bola dari Petak D dengan menghantar bola kepada pemain tengah. Mereka merupakan barisan terakhir sebelum penjaga gol.
PENJAGA GOL
Bertanggungjawab menghalang sebarang cubaan menjaring pasukan lawan. Menggunakan sebarang bahagian badan untuk menghalang bola daripada masuk di kawasan D, dan di luar Petak D, stik sahaja boleh digunakan.

5 comments: