Sunday, March 27, 2011

BERITA TERKINI LIGA HOKI REMAJA 2011

Image © S.Pulendran
Sekolah Sukan Bukit Jalil (jersi merah) mengatur serangan ke pintu gol Majlis Perbandaran Petaling Jaya dalam Liga Hoki Remaja

KUALA LUMPUR, (D5) - Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)  membuka kempen Liga Hoki Remaja dengan kejayaan menundukkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) 2-1.

SSBJ yang mengasak kubu lawan sebaik wisel ditiupkan bagaimanapun tersentak dengan gol padang MBPJ yang disempurnakan Mohd Syamil Mohd Zulkifli.

SSBJ kemudian mengatur gerakan lebih tersusun dan berhasil mendapat gol penyamaan pada minit ke-12 menerusi Fazirul Afiq Mohd untuk kembali menyuntik semangat pasukan itu.

Mohd Haziq Shamsul kemudian meledakkan gol kemenangan buat pasukannya sebelum tamat separuh masa pertama.

Keputusan lain menyaksikan MB Ipoh tewas 2-3 kepada UniKL manakala SS Bandar Penawar membelasah Remaja SSBJ 4-0.


[sumber : www.arena.com.my]

1 comment: