Sunday, March 27, 2011

Pasukan hoki kebangsaan terima ASN 2010

Image © AFP
Skuad hoki negera bergambar bersama Presiden Persekutuan Hoki Asia (AHF), Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (tengah, tali leher merah) selepas majlis penyampaian medal perak. Malaysia tewas kepada Pakistan 2-0 dalam perlawanan akhir, acara hoki lelaki Sukan Asia ke-16 Guangzhou, 25 November 2010. (gambar arkib)

KUALA LUMPUR, (D5) - Buat pertama kali dalam sejarah pasukan hoki kebangsaan telah dinobat Pasukan Lelaki Kebangsaan 2010 semasa majlis Anugerah Sukan Negara yang berlangsung di sebuah hotel di sini semalam.
Kejayaan buat pertama kali pasukan hoki lelaki kebangsaan memenangi pingat perak di Sukan Asia tahun lepas merupakan pencapaian diluar jangkaan sejak kali terakhir meraih pingat pada Sukan Komanwel 1998.
Selain itu, jurulatih hoki kebangsaan Stephen Van Huizen dan Tai Ben Hai turut menerima Jurulatih Lelaki Kebangsaan terbaik pada majlis sama.
Pemberian anugerah ini dianggap satu lagi pengiktirafan penting kepada arena hoki negara dan ia bakal melonjak lagi semangat para pemain untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan besar akan datang.

[sumber : www.arena.com.my]

2 comments:

  1. tahniah!!! kpd pasukan hoki kbngasaan..smoga terus cemerlang pada ms akan datang & menjadi inspirasi kepada pasukan pelapis....=)

    ReplyDelete
  2. Historic moment for the national team....

    ReplyDelete