Sunday, March 27, 2011

Saingan Piala Tun Razak 2011 dijangka sengit

Image © D5
Timbalan Presiden PHM Nur Azmi Ahmad bersama wakil 100 Plus semasa majlis penyerahan tajaan bagi kejohanan Piala Tun Abdul Razak yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persatuan Hoki Malaysia (PHM) akan memperkenalkan format baru yang lebih kompetitif pada kejohanan Piala Tun Abdul Razak dari 27 Mei hingga 3 Julai ini.
Timbalan Presiden PHM Nur Azmi Ahmad berkata pada kejohanan kali ke-49 itu, 20 pasukan bertanding akan dibahagikan kepada lima zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia, Zon Tengah (Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Projek 2017), Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura), Zon Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang, Polis Diraja Malaysia), dan Zon Barat (Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei).

Beliau memberitahu pemberita di sini Rabu bahawa johan dan naib johan dari setiap zon akan bermain dalam Divisyen Satu manakala pasukan ketiga dan keempat akan diletakkan dalam Divisyen Dua bagi saingan pusingan akhir di Melaka dari 21 hingga 30 Julai.

Bagaimanapun bagi Zon Barat, kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan Kejohanan Piala Borneo yang sedang berlangsung, katanya.

Nur Azmi berkata bahawa pada kejohanan kali ini, setiap pasukan dan pemain akan terlibat dalam lebih banyak perlawanan kompetitif."Dan melalui format baru ini juga kita membuka peluang kepada pasukan-pasukan untuk merebut tempat dalam Divisyen Satu, berbanding format sebelumnya di mana PHM akan menentukan sendiri kedudukan sesuatu pasukan dalam divisyen tertentu berdasarkan ranking," katanya.
Nur Azmi berkata kejohanan itu mendapat suntikan pembiayaan RM1.5 juta daripada 100Plus.
Kejohanan Piala Tun Razak dianjurkan sejak 1963. Kuala Lumpur merupakan pasukan paling banyak menjulang piala itu iaitu sebanyak 18 kali.

[sumber:www.arena.com.my]

4 comments:

  1. wah!!! menarik untuk disaksikan...diharapkan zon barat terutamanya sabah mampu memberikan saingan...=)

    ReplyDelete
  2. Harap2,dlm tempoh 5 thn, pemain G2 ada yg wakili Sabah. G2 Hebat!

    ReplyDelete
  3. yup!!!..kita mampu melahirkan pemain2 hebat, pemain g2 tu pastinya hasil daripada bimbingan "coach g2 yang hebat"...hehhehe =)

    ReplyDelete
  4. Well done players....all the gifts and trophy is for you...

    ReplyDelete