Monday, March 21, 2011

KLHC JUARA BERGANDA


Piala TNB telah melabuhkan tirainya semalam, dan walau tanpa kelibat pemain import, KLHC telah muncul juara setelah mengalahkan Sapura dengan jaringan 3-1. Dengan itu, KLHC telah memperoleh RM60 ribu. Dan habuan kemenangan KLHC berjumlah RM120 ribu, yang mana sebelumnya mereka telah menjuarai Liga Hoki Malaysia, yang mendapat ganjaran RM60 selaku juara.

Naib Juara, iaitu Sapura membawa wang tunai sebanyak RM40 ribu. Tempat ketiga, TNB memperoleh RM30 ribu dan keempat pula, YNS membawa pulang 20 ribu.

Sementara itu, juara Divisyen 1 iaitu ATM Juniors membawa pulang RM40 ribu. Sekolah Sukan Bandar Penawar selaku naib juara, memperoleh RM30 ribu, dan tempat ketiga iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil pula mendapat RM20 ribu.


Liga Hoki Malaysia pada kali ini telah membenarkan membawa pemain import dan ternyata kemasukkan pemain import memberi kesan positif dari segi mutu permainan. Seramai 27 orang pemain import bermain di Liga Hoki Malaysia. Kebanyakannya dari Pakistan, India, Bangladesh, dan Eropah.

1 comment: