Monday, May 23, 2011

SSBP JUARAI PIALA MILO 2011


UniKL tersungkur pada penentuan penalti stroke
MUHAMMAD Shahril Saabah muncul wira buat Sekolah Sukan Bandar Penawar-TNB (SSBP-TNB) apabila menjelmakan gol kemenangan menerusi penentuan penalti stroke 3-2 pada perlawanan akhir Liga Hoki Remaja menentang Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk merampas gelaran juara keseluruhan dan menjulang Piala Milo di Stadium Hoki Tun Razak, malam tadi.

Dalam perlawanan yang terpaksa diheret kepada penentuan penalti setelah terikat 2-2 sehingga berakhir masa tambahan, Shahril menewaskan penjaga gol UniKL, Shahrul Azaddin Auskarzie untuk menggamatkan suasana stadium, sekali gus menafikan hasrat UniKL mempertahankan kejuaraan.

Pada babak pertama, UniKL terlebih dulu membuka jaringan pada minit kelapan menerusi sudut penalti Muhammad Taufik Abd Hamid tetapi SSBP-TNB bingkas menyamakan kedudukan menerusi gol padang Mohd Fitri Saari pada minit ke-21.

Tujuh minit berselang, UniKL sekali lagi berada di depan menerusi sudut penalti kapten, Mohd Zulhairi Hashim untuk jaringan peribadi ke-18 musim ini.

Keselesaan itu bagaimanapun tidak bertahan apabila SSBP-TNB sekali lagi bangkit menerusi gol padang Shahrusahadan Basri pada minit ke-38 hingga permainan masa sebenar tamat tetapi gagal menghasilkan sebarang gol pada masa tambahan.

SSBP-TNB membawa pulang Piala Milo dan wang tunai RM20,000 manakala UniKL membawa pulang RM10,000.

Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat yang tertunda hampir 30 minit kerana hujan, Sekolah Sukan Bukit Jalil Junior (SSBJ Jr) menewaskan Sekolah Sukan Bandar Penawar Junior (SSBP Jr) 4-1.

Sumber:Bharian.com.my

Thursday, May 19, 2011

Malaysia Juara (.....) Piala Sultan Azlan

Piala Sultan Azlan Shah telah melabuhkan tirainya. Yang pasti, Malaysia telah menjuarai tangga tercorot dengan hanya mengutip 3 mata daripada 6 perlawanan. Malaysia hanya menang sekali, dengan menewaskan Korea 3-0 dan tumpas 5 kali.

Juara Piala Sulatan Azlan edisi ke-20 ialah Australia, setelah mengalahkan Pakistan dengan jaringan gol emas setelah tempoh penuh berkedudukan 2 sama.


Masih banyak yang perlu dilakukan oleh anak-anak didik Tai Beng Hai untuk menghadapi kelayakan Olimpik London 1212.

Akhir kata, "Bulan tidak jatuh ke riba".

Monday, May 16, 2011

HaPpY TeAcHeRs DaY...

Kelab Hoki G2 mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru terutamanya guru penasihat kelab hoki G2 (Cikgu Ambun ak Mawar, Cikgu Rusmini Abd Rasyid, Cikgu Sabturati Lakunsim, Cikgu Sumiyati Mohd Arun, Cikgu Adlsia Agustinus, Cikgu Norsia Mohd Timhal & Cikgu Nurul Shahida Mohd Zain), guru-guru G2 dan semua guru 1Malaysia..."TERIMA KASIH CIKGU" =)

Thursday, May 12, 2011

ALAHAI...MALAYSIA TIWAS, TIWAS, DAN TUMPAS LAGI!


APA DAH JADI? PASUKAN HOKI MALAYSIA MAKIN MENJADI MANDUL KARAS! KALI INI TUMPAS KEPADA ALL BLACK 2-3.

SEBELUM KEJOHANAN PIALA SULTAN AZLAN, CAKAP TINGGI MELANGIT, EGO MENGGUNUNG! APABILA BERTEMPUH DENGAN MAT SALLEH DAN MAT HITAM, SEGALANYA JADI MALAM! TIADA HARAPAN LAGI UNTUK MENJADI PASUKAN 4 TERBAIK KEJOHANAN!

KALAU BEGITULAH KEADANNYA, MALAYSIA BOLEH LAPAS TALAK SATU DENGAN LONDON 1212. BAI2...

WALAU APA PUN, HARAPAN KE OLIMPIK 1212 MASIH ADA. YANG PENTING, PERBAIKI KELEMAHAN DAN BUANG KEGAWATAN! SINGKIRKAN KECURANGAN!

AYUH TAI BENG HAI! KARASKAN TENTERAMU! YANG TUMPUL DIPERTAJAMKAN, YANG TAJAM DILURUSKAN!

ulasan : THG2

Tuesday, May 10, 2011

PIALA SULTAN AZLAN SHAH KE 20


PIALA SULTAN AZLAN SHAH KINI TELAH BERLANGSUNG SEJAK 5 MEI. WALAU BAGAIMANAPUN PASUKAN NEGARA TELAH TIWAS 3 KALI DALAM 3 PERLAWANAN.

PADA PERLAWANAN PERTAMA, MALAYSIA TEWAS KEPADA GREAT BRITIAN YANG MENGHUNI RANKING KE-4 DUNIA, DENGAN JARINGAN 3-0.

DALAM PERLAWANAN PADA JUMAAT, MALAYSIA TIWAS SEKALI LAGI KEPADA JAGOAN DUNIA YANG MERUPKAN JUARA OLIMPIK BEJING, DENGAN JARINGAN 2-1.


KETIKA MENENTANG INDIA, PASUKAN YANG DITIWASKAN PASUKAN NEGARA PADA SUKAN ASIA DI SEPARUH AKHIR. TETAPI, INDIA BERJAYA MEMBALAS DENDAM DENGAN MEMBENAM MALAYSIA 5-2.

KEPUTUSAN YANG BURUK ITU, SEKALIGUS MENGHUNIKAN MALAYSIA DI TANGGA TERCOROT DARIPADA 7 PASUKAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN.

KITA BERHARAP AGAR PASUKAN NEGARA MAMPU MENGHASILKAN KEAJAIBAN BAKI 4 PERLAWANAN LAGI.

PERLAWANAN AKAN BERSAMBUNG PADA KHAMIS (11 MEI) UNTUK PERLAWANAN PADA HARI KE-4.

SAKISKAN AKSI-AKSI PIALA SULTAN AZLAN SHAH DI ASTRO ARENA PAD JAM 4 PETANG HINGGA 8 MALAM. HANYA DI ASTRO ARENA. INI PENTAS SAYA! ARENA SAYA!

PERKEMBANGAN TERKINI PIALA SULATAN AZLAN SHAH SILALAH KE http://www.azlanshahcup.com

ulasan : THG2