Selamat Datang ke Blog Kelab Hoki SMK Gunsanad II, Keningau, Sabah. (facebook page: G2 Hoki)
Thursday, March 31, 2011
Sunday, March 27, 2011
Saingan Piala Tun Razak 2011 dijangka sengit
Image © D5 Timbalan Presiden PHM Nur Azmi Ahmad bersama wakil 100 Plus semasa majlis penyerahan tajaan bagi kejohanan Piala Tun Abdul Razak yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Persatuan Hoki Malaysia (PHM) akan memperkenalkan format baru yang lebih kompetitif pada kejohanan Piala Tun Abdul Razak dari 27 Mei hingga 3 Julai ini.
Timbalan Presiden PHM Nur Azmi Ahmad berkata pada kejohanan kali ke-49 itu, 20 pasukan bertanding akan dibahagikan kepada lima zon iaitu Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Angkatan Tentera Malaysia, Zon Tengah (Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Projek 2017), Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura), Zon Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang, Polis Diraja Malaysia), dan Zon Barat (Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei).
Beliau memberitahu pemberita di sini Rabu bahawa johan dan naib johan dari setiap zon akan bermain dalam Divisyen Satu manakala pasukan ketiga dan keempat akan diletakkan dalam Divisyen Dua bagi saingan pusingan akhir di Melaka dari 21 hingga 30 Julai.
Bagaimanapun bagi Zon Barat, kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan Kejohanan Piala Borneo yang sedang berlangsung, katanya.
Nur Azmi berkata bahawa pada kejohanan kali ini, setiap pasukan dan pemain akan terlibat dalam lebih banyak perlawanan kompetitif."Dan melalui format baru ini juga kita membuka peluang kepada pasukan-pasukan untuk merebut tempat dalam Divisyen Satu, berbanding format sebelumnya di mana PHM akan menentukan sendiri kedudukan sesuatu pasukan dalam divisyen tertentu berdasarkan ranking," katanya.
Nur Azmi berkata kejohanan itu mendapat suntikan pembiayaan RM1.5 juta daripada 100Plus.
Kejohanan Piala Tun Razak dianjurkan sejak 1963. Kuala Lumpur merupakan pasukan paling banyak menjulang piala itu iaitu sebanyak 18 kali.
[sumber:www.arena.com.my]
Pasukan hoki kebangsaan terima ASN 2010
KUALA LUMPUR, (D5) - Buat pertama kali dalam sejarah pasukan hoki kebangsaan telah dinobat Pasukan Lelaki Kebangsaan 2010 semasa majlis Anugerah Sukan Negara yang berlangsung di sebuah hotel di sini semalam.
Kejayaan buat pertama kali pasukan hoki lelaki kebangsaan memenangi pingat perak di Sukan Asia tahun lepas merupakan pencapaian diluar jangkaan sejak kali terakhir meraih pingat pada Sukan Komanwel 1998.
Selain itu, jurulatih hoki kebangsaan Stephen Van Huizen dan Tai Ben Hai turut menerima Jurulatih Lelaki Kebangsaan terbaik pada majlis sama.
Pemberian anugerah ini dianggap satu lagi pengiktirafan penting kepada arena hoki negara dan ia bakal melonjak lagi semangat para pemain untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan besar akan datang.
[sumber : www.arena.com.my]
BERITA TERKINI LIGA HOKI REMAJA 2011
Image © S.Pulendran Sekolah Sukan Bukit Jalil (jersi merah) mengatur serangan ke pintu gol Majlis Perbandaran Petaling Jaya dalam Liga Hoki Remaja |
KUALA LUMPUR, (D5) - Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) membuka kempen Liga Hoki Remaja dengan kejayaan menundukkan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) 2-1.
SSBJ yang mengasak kubu lawan sebaik wisel ditiupkan bagaimanapun tersentak dengan gol padang MBPJ yang disempurnakan Mohd Syamil Mohd Zulkifli.
SSBJ kemudian mengatur gerakan lebih tersusun dan berhasil mendapat gol penyamaan pada minit ke-12 menerusi Fazirul Afiq Mohd untuk kembali menyuntik semangat pasukan itu.
Mohd Haziq Shamsul kemudian meledakkan gol kemenangan buat pasukannya sebelum tamat separuh masa pertama.
Keputusan lain menyaksikan MB Ipoh tewas 2-3 kepada UniKL manakala SS Bandar Penawar membelasah Remaja SSBJ 4-0.
[sumber : www.arena.com.my]
Thursday, March 24, 2011
SKUAD HOKI KEBANGSAAN 2011
The national team will participate in the Azlan Shah Cup (5-15 May) and a Four Nation Invitational in June in Moscow. They will also participate in the Champions Challenge in South Africa this November before the Olympic Qualifiers early next year.
Players from Asian Games
S. Kumar (TNB), Roslan Jamaluddin (KLHC), Muhd Razie Rahim (KLHC), Baljit Singh Charun Singh (TNB), Mohd Madzli Ikmar (TNB), Mohd Amin Rahim (TNB), Azreen Rizal Nasir (Sapura), Mohd Shahrun Nabil Abdullah (KLHC), Muhd Shukri Mutalib (KLHC), Muhammad Marhan Mohd Jalil (Sapura), Nabil Fiqri Mohd Noor, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil (KLHC), Faisal Saari (TNB), Azlan Misron (KLHC), Hafifihafiz Hanafi Maybank), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (Sapura)
Players Recalled
Kevinder Singh (KLHC), Muhammad Azammi Adabi (TNB)
New Call Up
Muhd Izzat Mohd Rahim (Sapura), Mohd Fitri Abu Bakar (YNS), Shahrin Mohamad (Maybank), Muhd Firhan Ashaari (TNB), Faiz Helmi Jalil (TNB), Muhd Azri Hassan (UniKL), Muhd Rashid Baharom (Uitm)
Attachment Players
Nor Izzat Sumantri (UniKL), Amir Farid Ahmad Fuzi (UniKL), Arief Iskandar Khamdan (UniKL), Mohd Fitri Saari (KLHC), Mohd Noor Faez (KLHC)
Project 2013 Squad
Mohammad Hazrul Faiz Ahmad (BJSS), Norhizzat Sumantri (UniKL), Faiz Helmi Jali (TNB), Shazrul Imran Nazli (UniKL), Muhd Sabri Mohamed (TNB), Shazril Irwan Nazli (Uitm), Mohd Firi Saari (KLHC), Muhd Noor Faez Ibrahim (KLHC), Muhd Taufik Abd Hamid (UniKL), Muhd Firhan Ashaari (TNB), Fathi Kamel Shahrom Jamil (Uitm), Mohd Syamin Mohd Yusof, Hairulnizam Maizan (KLHC), Amir Farid Ahmad Fuzi (UniKL), Mohd Fariq Saadon (TNB), Muhd Hafizuddin Othman (Uitm), Harmesh Singh (MBPJ), Joel Samuel van Huizen (Sapura), Muhammad Ramadhan (UniKL), Arief Iskandar Khamdan (UniKL), Izad Hakimi Jamaluddin (Uitm), Mohd Rashid Baharom (Uitm), Ganeisha Tamil Chelvam (UniKL), Dedi Aryandi (UniKL), Muhd Afif Akmal Salim (Maybank), Mohd Zulhairi Hashim (UniKL), Sharul Azaddin (UniKL), Mohamed Azri (UniKL), Mohamed Shahril Saabah (SSBP), Faheed Saifullah (Uitm), Faizal Saari (TNB), Ahmad Amirul Alias (Uitm), Amirullah Zainol (Nur Insafi), Manraj Singh (Maybank)
Project 2017 Squad
Muhd Fitri Jasni (KL), Muhd Safie Shahrom (KL), Muhd Zulhaziq Hashim (KL), Misniwan Gusni (KL), Atitsha Tamil Chelvam (KL), Ahmad Asyraf Alias (KL), Zulaniq Adib Abdul Razak (KL), Nor Azrul Abdul Rahman (KL), Muhd Amirol Aideed Mohd Arshad (KL), Norsyafiq Sumantri (KL), Zizi Azwan Hassan Basri (KL), Muhd Farhan Danial Zulzairin (KL), Jonathan Anil Bhatti (KL), Muhd Ammar Zahri (Perak), Muhd Khairul Adha Ilyas (Perak), Mohd Zulhamizan Awang Abas (Perak), Muhd Najib Abu Hassan (Perak), Azril Misron (Perak), Muhd Husaini Mohd Husin (Perak), Muhd Ashran Hamsani (Perak), Mohd Helmi Jaafar (Perak), Muhd Hafif Elkan Nordin (Selangor), Nazirul Mubin Zebidi (Selangor), Mohd Hassan Shaherman (Selangor), Mohd Noor Khairul Azri Adnan (Selangor), Rafizul Ezry Mustafa (Selangor), Mohd Shami Ahmad Fozi (Selangor), Muhd Firdaus Omar (Malacca), Muhd Ridzwan Azmi (Malacca), Luqman Nurhakim Saiful (Malacca), Mohd Fahmi Asri Amir (Penang), Muhd Azwar Abdul Rahman (Penang), Abdul Muhaimin Abd Aziz (Penang), Izaidi Ismail (Penang), Muhd Hahmi Azhar Ruddin (Sabah), Mohd Aminuddin Mohd Zain (Kelntan), Muhd Syarifuddin Mohd Zain (Kelantan), Muhd Ashraf Mohd Noor (Kelantan), Sufi Ismat Rohor Amin (Terengganu), Mohd Hanif Hazemi (Kedah), Saravanan Matheyalagan (Kedah), Muhd Najmi Farizal Jazlan (Perlis), Muhd Shabariq Shamsuri (NS), S. Devamoorthy (NS), Muhd Ikhwan Ishak (NS), Kaarul Ariffin Kamaruddin (Johor), Abdul Halim Jalil (Pahang)
[sumber :www.tnbmhl.com.my]
LIGA HOKI REMAJA 2011
KUALA LUMPUR - Semua pasukan yang beraksi dalam Liga Hoki Remaja musim ini bakal menerima subsidi RM3,000 daripada Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk memastikan kesemua pasukan dapat beraksi tanpa sebarang masalah.
Saingan liga musim ini menyaksikan penglibatan 24 pasukan yang akan berentap untuk merebut gelaran melibatkan Divisyen 1 dan Divisyen 2 bermula Jumaat ini sekali gus menjanjikan saingan yang lebih kompetitif.
Naib Presiden PHM, M. Gobinathan berkata, jumlah pasukan yang menyertai liga musim ini adalah yang paling memberangsangkan berbanding tahun lalu 22 pasukan.
Katanya, daripada 24 pasukan yang bersaing pada musim ini melibatkan 10 pasukan akan bersaing dalam Divisyen 1 dan 14 pasukan dalam perlawanan Divisyen 2.
''Antara faktor peningkatan penyertaan pasukan pada tahun ini adalah kerana promosi daripada media yang cukup meluas selain kesedaran yang tinggi terhadap sukan hoki yang mampu melangkah lebih jauh.
''Kita harap dengan penglibatan lebih banyak pasukan dalam liga remaja ini dapat melahirkan lebih banyak pemain yang berkaliber untuk mengalas tugas mewakili negara beraksi di pentas dunia,'' katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar majlis tajaan dan pelancaran logo baru Liga Hoki Remaja 2011 di Stadium Hoki Tun Razak di sini, semalam.
[sumber : Utusan Malaysia]
Monday, March 21, 2011
KLHC JUARA BERGANDA
Piala TNB telah melabuhkan tirainya semalam, dan walau tanpa kelibat pemain import, KLHC telah muncul juara setelah mengalahkan Sapura dengan jaringan 3-1. Dengan itu, KLHC telah memperoleh RM60 ribu. Dan habuan kemenangan KLHC berjumlah RM120 ribu, yang mana sebelumnya mereka telah menjuarai Liga Hoki Malaysia, yang mendapat ganjaran RM60 selaku juara.
Naib Juara, iaitu Sapura membawa wang tunai sebanyak RM40 ribu. Tempat ketiga, TNB memperoleh RM30 ribu dan keempat pula, YNS membawa pulang 20 ribu.
Sementara itu, juara Divisyen 1 iaitu ATM Juniors membawa pulang RM40 ribu. Sekolah Sukan Bandar Penawar selaku naib juara, memperoleh RM30 ribu, dan tempat ketiga iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil pula mendapat RM20 ribu.
Liga Hoki Malaysia pada kali ini telah membenarkan membawa pemain import dan ternyata kemasukkan pemain import memberi kesan positif dari segi mutu permainan. Seramai 27 orang pemain import bermain di Liga Hoki Malaysia. Kebanyakannya dari Pakistan, India, Bangladesh, dan Eropah.
Monday, March 14, 2011
PIALA TNB 2010-2011
Team Hoki G2: 13 Mac, perlawanan akhir PIALA TNB 2010/2011 akan mempertemukan JUARA LIGA MHL iaitu KLHC vs SAPURA.
Di peringkat separuh akhir, Sapura telah menumbangkan pasukan TNB yang merupakan juara bertahan dengan jaringan 2-0 di Stadium Hoki Tun Razak semalam. Sementara itu, KLHC menepati ramalan apabila dengan mudah menumbangkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dengan jaringan 4-2 di tempat yang sama.
Pertembungan antara kedua-dua pasukan dijangka sengit apabila Sapura yang memiliki pemain import berbanding KLHC yang dibarisi pemain tempatan yang rata-rata sama ada bekas atau pemain kebangsaan.
Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 19 Mac 2011. Disiarkan secara langsung di Astro Arena, 801 pada jam 8.00 malam dari Stadium Hoki Tun Razak.
[oleh admins]
Di peringkat separuh akhir, Sapura telah menumbangkan pasukan TNB yang merupakan juara bertahan dengan jaringan 2-0 di Stadium Hoki Tun Razak semalam. Sementara itu, KLHC menepati ramalan apabila dengan mudah menumbangkan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dengan jaringan 4-2 di tempat yang sama.
Pertembungan antara kedua-dua pasukan dijangka sengit apabila Sapura yang memiliki pemain import berbanding KLHC yang dibarisi pemain tempatan yang rata-rata sama ada bekas atau pemain kebangsaan.
Perlawanan akhir ini akan berlangsung pada 19 Mac 2011. Disiarkan secara langsung di Astro Arena, 801 pada jam 8.00 malam dari Stadium Hoki Tun Razak.
[oleh admins]
Saturday, March 12, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Saturday, March 5, 2011
PIALA TNB (6-19 MAC) SIARAN LANGSUNG & TERTUNDA DI ASTRO ARENA.
Thursday, March 3, 2011
Tuesday, March 1, 2011
POSISI & PERANAN PEMAIN
POSISI PEMAIN | PERANAN / TANGGUNGJAWAB |
STRIKER (PENYERANG) | Bekerjasama dengan pemain sayap untuk melancarkan serangan. Striker Dalam (inner) yang bermain di tengah padang, dan merupakan penjaring utama. |
SAYAP KIRI/KANAN (PENYERANG) | Bermain di sebalah kiri dan kanan padang dalam kedudukan menyerang. Pemain sayap membawa bola ke garis tepi atau belakang dan melintangkan bola ke dalam petak D untuk mencipta peluang jaringan. |
PEMAIN TENGAH | Bermain secara menyerang dan bertahan. Bekerjasama dengan penyerang dan pertahanan. Berperanan mengatur bola dari pertahanan kepada penyerang untuk mencipta peluang jaringan. |
PERTAHANAN / SWEEPER | Bertahan di kawasan sendiri. Berperanan mengeluarkan bola dari Petak D dengan menghantar bola kepada pemain tengah. Mereka merupakan barisan terakhir sebelum penjaga gol. |
PENJAGA GOL | Bertanggungjawab menghalang sebarang cubaan menjaring pasukan lawan. Menggunakan sebarang bahagian badan untuk menghalang bola daripada masuk di kawasan D, dan di luar Petak D, stik sahaja boleh digunakan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)