Friday, February 18, 2011

Majlis Anugerah Hoki G2


Sempena dengan kejayaan yang luar biasa Team Hoki G2 Lelaki, Kelab Hoki G2 akan mengadakan Majlis Anugerah Hoki G2.


Majlis tersebut bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian pasukan hoki sekolah yang telah menggalas cabaran di Kejohanan Hoki MSSM, Bahagian Keningau, pada 10-12 Feb 2011, di Padang Hoki SMK Bingkor, Keningau.
Butiran majlis tersebut adalah seperti yang berikut:


Tarikh : 21 Feb 2011
Masa : 2 pm
Tempat : Bilik PSV


Jemputan:
1. Tuan Pengetua
2. PK Kurikulum
3. PK HEM
4. PK Kokum
5. SU Kokum
6. Guru Penasihat Kelab Hoki [7 orang]
7. Para pemain hoki sekolah [17 orang pelajar lelaki]



Antara anugerah yang akan diperkenalkan pada majlis tersebut iaitu:


1. Pemain Terbaik Kejohanan
2. Penjaring Terbanyak.
3. Penyerahan Sijil Penyertaan


Semoga pengenalan majlis anugerah tersebut akan meningkatkan populariti dan kualiti sukan hoki di SMK Gunsanad II.


Sebarang pertanyaan, silalah berhubung dengan Puan Pengurus Kelab Hoki G2.


Sekian.

No comments:

Post a Comment